fbpx

Akid hampiri kejuaraan Cub Prix Petronas Malaysia 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akid muncul juara kategori 150 cc pada Perlumbaan Cub Prix di Litar MBIP, Iskandar Puteri. - Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Pelumba Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing, Akid Aziz semakin hampir untuk memenangi kejuaraan kelas CP150 pertamanya selepas menjuarai pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix Petronas Malaysia 2023 di Litar Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Akid yang menggunakan jentera Yamaha Y15ZR mengumpul mata 146 mata daripada lapan pusingan, dicabar Azroy Hakeem Anuar dari Honda Yuzy Estremo Team (115 mata) dan rakan sepasukan Md. Akid iaitu Ahmad Afif Amran (114 mata).

Akid berharap dapat mengekalkan momentum bagi baki dua perlumbaan di Litar Lumba Tangkak, di sini pada 21 dan 22 Oktober dan Batu Kawan, Pulau Pinang pada 25 dan 26 November depan.

“Jika lihat pada prestasi keseluruhan pada musim ini, persembahan kali ini lebih baik banding tahun sebelumnya. Harapan saya supaya dapat mengekalkan momentum yang dimiliki,” katanya.

Tempat kedua bagi ketegori itu menjadi milik Azroy Hakeem yang menggunakan jentera Honda RS-X manakala Md Iqbal Amri Abdul Malek daripada Givi Tekhne Yamaha berpuas hati di tempat ketiga.

Sementara itu, Khairi Asyraf Mahmood daripada Jetron Yamaha Yypang Racing Team mengungguli kategori CP125 apabila menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11:34.554s.

Rakan sepasukannya, Fareez Afeez Abd Rahman berada di posisi kedua manakala Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff daripada Tekhne Yamaha sekadar di tempat ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI