fbpx

Pengambilan 9,500 guru baharu pada bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (dua dari kanan) melihat produk yang dihasilkan oleh pelajar Kolej Vokasional Pasir Puteh selepas Majlis Perasmian Karnival Agrotek Madani di Kolej Vokasional Pasir Puteh hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

PASIR PUTEH – Seramai 9,500 orang guru baharu akan diambil bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut bulan depan dalam usaha mengatasi masalah kekurangan guru di negara ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, proses temu duga guru-guru berkenaan sudah selesai dijalankan dan penempatan segera akan dibuat dalam masa terdekat.

“Isu tersebut berlaku apabila ada persaraan atau guru berhenti kerja. Ia bersifat sementara dan KPM akan buat penggantian guru. Proses dilaksanakan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP),” katanya pada sidang akhbar Karnival Agrotek Madani di Kolej Vokasional Pasir Puteh di sini, hari ini.

Fadhlina memberitahu, KPM juga akan memastikan proses pengambilan guru berjalan secara berterusan bagi memastikan isu kekurangan guru kekal bersifat sementara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI