fbpx

Lebih 3,000 sekolah dijadikan PPS semasa musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (dua dari kiri) menyempurnakan Sumbangan Dana Program Inkubator Usahawan kepada wakil Kolej Vokasional Pasir Puteh pada Majlis Perasmian Karnival Agrotek Madani di Kolej Vokasional Pasir Puteh hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

PASIR PUTEH – Kementerian Pendidikan (KPM) telah mempersiapkan sebanyak lebih 3,000 buah sekolah untuk digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara semasa musim tengkujuh hujung tahun ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana KPM juga sudah bermesyuarat dengan Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (Nadma) mengenai persediaan menghadapi bencana banjir.

“Persediaan di peringkat kementerian telah bermula tahun lepas bagi memastikan segala gerak kerja berjalan lancar.Kita sentiasa bersedia terutamanya dalam menyediakan sekolah-sekolah untuk dijadikan PPS.

“Lebih kurang 3,000 sekolah telah dipersiapkan untuk digunakan sebagai PPS di seluruh negara termasuk di Kelantan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Karnival Agrotek Madani di Kolej Vokasional Pasir Puteh di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina memberitahu, KPM juga telah melaksanakan beberapa penambahbaikan melibatkan fasiliti di semua PPS terlibat sebagai persediaan untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir.

Katanya, selain itu, pihak kementerian juga telah mewujudkan bilik gerakan untuk memantau kesemua PPS untuk memastikan aspek keselamatan terjamin dan operasi pusat terlibat berjalan lancar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI