fbpx

PRK Pelangai: SPR jangka peratusan mengundi capai 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghani (dua dari kanan) meninjau perjalanan pengundian PRK DUN Pelangai di SMK Felda Chemomoi di Bentong hari ini.

BENTONG – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai mencapai 70 peratus.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, sehingga pukul 10 pagi ini peratusan keluar mengundi yang direkodkan adalah kira-kira 21 peratus.

“Insya Allah kalau kita lihat peratusan setiap jam 10 peratus ada yang 11 peratus Insya Allah anggaran kita capailah 70 peratus di PRK DUN Pelangai ini.

Saya seru pengundi dapat keluar mengundi, insya Allah cuaca pun tidak begitu panas, harap pengundi yang belum keluar, keluarlah mengundi untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing di DUN Pelangai,”katanya dalam sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Chemomoi di sini hari ini.

Menurut Abdul Ghani berdasarkan lawatannya di dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kemasul dan SMK Felda Chemomoi mendapati proses pengundian berjalan lancar.

Katanya, berdasarkan pemerhatian mendapati berlaku semangat perubahan dalam kalangan generasi muda yang menyaksikan mereka keluar mengundi.

“Dari segi sambutan pengundi untuk saluran orang muda hari ini amat memberangsangkan di dua sekolah kalau kita lihat dia punya pengundi datang awal dan berbaris panjang.

“Kalau yang sudah ini orang muda dia lewat sikit kalau yang sini saya nampak ada satu semangat perubahan yang mana kita lihat anak-anak muda di saluran empat, lima begitu bersemangat mengundi pada pagi ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI