fbpx

Piala Cabaran: Penang FC tempah tiket ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Penang FC bergelut sebelum dapat menyingkirkan kelab Liga M3, Harini FT pada aksi Piala Cabaran sebentar tadi. Foto ihsan Facebook Harini FT

PETALING JAYA – Pasukan Penang FC terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan kelab Liga M3, Harini FT pada aksi suku akhir Piala Cabaran dengan keputusan agregat 5-3 di Stadium MP Selayang sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, Harini FT yang dikendalikan P. Maniam dilihat bermula garang dalam usaha bangkit selepas tewas 1-2 pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Bandaraya, bulan lalu.

Penantian pasukan tuan rumah akhirnya tiba apabila pemain tengah, Badrul Hisyam meledak gol pembukaan seawal minit ke-5 untuk mengejutkan skuad Harimau Kumbang.

Namun, pasukan pelawat kembali menyamakan kedudukan pada babak kedua menerusi tandukan kapten, Rafael Vitor untuk memastikan Penang mendahului secara agregat 3-2.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Harini FT melakukan serangan bertali arus dan berjaya menyamakan kedudukan agregat 3-3 hasil jaringan dramatik Khyril Muhymeen pada masa kecederaan.

Keputusan tersebut menyaksikan saingan terpaksa diheret ke masa tambahan.

Pasukan tuan rumah dilihat agak bergelut dan kepenatan pada aksi pertama masa tambahan dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya Penang FC untuk kembali mendahului meneris ledakan pemain muda, Alif Ikmalrizal.

Pemain import Penang FC, Soony Saad mengesahkan kemenangan bergaya Penang FC dengan keputusan 3-2 dengan meledak gol terakhir minit ke-117 sekali gus memastikan pasukan berada di landasan untuk menjulang kejuaraan musim ini.

Selain Penang FC, pasukan PDRM FC, Kuching City dan Kelantan United turut mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Cabaran edisi 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI