fbpx

Malam terakhir kempen dicemari provokasi 12 individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan pemuda yang melakukan provokasi ditahan pihak polis di Bentong.

BENTONG – Malam terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, dicemari dengan tindakan provokasi sekumpulan individu semasa ceramah Perikatan (PN), di Dataran Purnama, di sini.

12 individu terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita yang memakai baju putih tertulis ‘Pulangkan Najib’, melakukan provokasi dengan melaungkan ‘hidup Najib’.

Individu berkenaan turut membawa poster bertulis ‘ingat jasa Najib’ itu kemudiannya telah meluru ke arah kenderaan yang dinaiki Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, individu berkenaan yang difahamkan mahu mengambil tandatangan Dr. Mahathir, berjaya dihalang oleh pengawal keselamatan dan petugas keselamatan berhampiran.

Ceramah dalam kempen terakhir PN malam ini menyaksikan kemuculan dua bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan pemimpin-pemimpin parti dalam gabungan PN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI