fbpx

Final Piala Al Ikhsan: UiTM United waspada ancaman YPM FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua pasukan tekad pamerkan aksi terbaik bagi merebut trofi Piala Al Ikhsan pada aksi final malam esok. - Foto ihsan AFL

PETALING JAYA – Pasukan UiTM United berwaspada dengan ancaman yang boleh diberikan skuad Yayasan Pahang Maintenance (YPM FC) menjelang aksi final Piala Al Ikhsan edisi 2023 di Stadium UiTM, Shah Alam, malam esok.

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan telah bertemu pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini dengan YPM FC meraih kemenangan tipis 1-0 di laman sendiri dan seri 1-1 di tempat lawan.

Pengendali UiTM United, Mohd Yazli Yahya mengakui keputusan lepas bukanlah kayu ukuran sebenar dengan barisan pasukan pasti mahu perbaiki kesilapan dengan meningkatkan prestasi pada aksi final nanti.

“Kami akui lawan dibarisi pemain berpengalaman namun dalam bola sepak faktor usia bukanlah satu ukuran, ianya bergantung kepada tahap kecergasan para pemain.

“UiTM United akan cuba bermain lebih agresif untuk memastikan lawan menerima tekanan sepanjang 90 minit tempoh permainan.

“Secara jujurnya, beraksi di stadium keramat kami untuk perlawanan akhir ini
mmg satu kelebihan dan saya harap pemain dapat berikan fokus penuh untuk beraksi di tahap optimum esok,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih YPM FC, Syed Farul Hakim Syied Mahmud mengakui beberapa pemain berpengalaman seperti Azamuddin Akil dan Fauzi Roslan akan menjadi tunjang pasukan pada aksi final itu nanti.

“Azamuddin dan Fauzi antara individu yang memberi impak positif kepada pasukan kerana menyuntik semangat pemain muda utk terus menyerlah.

“Semestinya pengalaman yang ada mereka akan digunakan untuk perlawanan akhir dan harap pasukan dapat menamatkan perlawanan dalam tempoh 90 minit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI