fbpx

KNM cadang pembentukan lembaga pengarah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada bakal pengarah baharu KNM dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – KNM Group Berhad (KNM) telah mencadangkan pembentukan baharu satu pasukan lembaga pengarah yang kuat dan berdaya saing untuk mengukuhkan prestasi syarikat sekali gus membawa keluar daripada senarai Nota Amalan 17 (PN17).

Cadangan tersebut telah menyenaraikan Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar,  Andreas Heeschen, Edwin Silvester Das, Datuk Zaidi  Mat Isa @ Hashim, William H Van Vliet III, Flavio Porro dan Datuk Abd. Ghani bin Yusof sebagai pengarah baharu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, nama-nama pengarah baharu itu akan dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa Khas KNM yang akan diadakan pada 16 Oktober ini.

Sementara itu, dalam kenyataan akhbar yang diedarkan pada satu persidangan media di sini semalam, kumpulan pengarah baharu ini mahu menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam syarikat sebelum ini selain membuat penyusunan semula melalui visi serta kepimpinan cemerlang yang baharu dilantik ini.

‘Sekarang kami mempunyai pemegang saham di Malaysia dan juga dari antarabangsa yang bakal menawarkan reputasi dan sumber masing-masing dalam program yang dikenali sebagai Rancangan Pemerkasaan Global.

“Perincian mengenai program tersebut akan diumumkan setelah kami berada di dalam (lembaga pengarah) dan memiliki hak istimewa untuk semua maklumat KNM.

“Untuk masa ini, kami hanya akan memberikan gambaran awal tentang rancangan kami,” jelas kenyataan tersebut.

 Mengulas lanjut, lembaga pengarah baharu bercadang untuk membesarkan syarikat dan menjadikan ia sebagai titik perubahan yang bakal dilaksanakan demi mencapai pertumbuhan yang mampan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Antara perkara yang akan dilakukan adalah suntikan modal dan aset, pelaburan besar, peningkatan pengurusan profesional, transaksi rentas sempadan, kerjasama dengan badan-badan antarabangsa, perkongsian dengan syarikat Fortune 500 dan kejuruteraan kewangan. 

“Kami memfokuskan usaha untuk memanfaatkan aset dan modal insan syarikat bagi meraih peluang-peluang dalam tenaga boleh baharu dan kejuruteraan pada tahap yang lebih tinggi,” ujarnya.

Selain itu, kenyataan tersebut menegaskan, matlamat utama lembaga pengarah baharu ini adalah untuk melangsaikan pinjaman melalui ‘bridging loan’, pengeluaran bon khas, pembiayaan antarabangsa, latihan korporat yang sewajarnya atau kombinasi di atas.

 “Kami ingin memaklumkan kepada semua pemiutang dan pihak berkepentingan bahawa kepimpinan baharu tidak akan mengganggu atau melambatkan keputusan yang sudah diambil sehingga penyelesaian yang lebih baik dicapai (dalam kerangka masa dan sudut kewangan),” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI