fbpx

[VIDEO] Kuala Lumpur bergenang air banjir lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kawasan yang dinaiki air sekitar Kuala Lumpur, petang ini

PETALING JAYA – Kebanyakan kawasan sekitar ibu negara mula dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak pukul 3 petang tadi.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, ramai berkongsi situasi banjir di kawasan mereka ketika ini.

Seorang pengguna Facebook, Ali Ghani memuat naik gambar memaparkan lebih 20 kenderaan ditenggelami air di tapak parkir Zon R, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Medical Molecular Biology Institute (UMBI), Cheras di sini.

“Hati-hati kepada semua yang memandu. Elakkan daripada melalui jalan yang senang dinaiki air,” pesannya.

Sementara itu, di sekitar Bandar Permaisuri Cheras, terdapat juga beberapa kenderaan tersangkut di dalam banjir sehingga terpaksa dialihkan dengan bantuan orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI