fbpx

Porsche Cayenne 2023 dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hunter (dua dari kiri) bersama Porsche Cayenne baharu yang dilancarkan hari ini.

KUALA LUMPUR – Pengedar jenama Porsche, Sime Darby Auto Performance telah melancarkan model Cayenne 2023 hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Christopher Hunter, model pemasangan tempatan (CKD) itu dijual pada harga bermula RM599, 999.

Katanya, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu hadir dengan enjin V6 3.0 liter turbo dan transmisi automatik lapan kelajuan.

“Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa sebanyak 348 hp dengan tork tertinggi sebanyak 500Nm.

“Porsche Cayenne 2023 ini hadir dengan lampu hadapan LED Matrik dan kombinasi lampu belakang yang lebih segar.

“Bampar hadapan telah diperkemaskan dengan corong kemasukan udara lebih besar manakala bahagian bampar belakang juga kini lebih segar,” katanya.

Tambahnya, sistem gantungan Porsche Cayenne 2023 telah menerima penambahbaikan dengan penyerap hentak dua injap dan dibantu sistem Porsche Active Suspension Management.

“Turut dipertingkatkan ialah Kawalan Jelajah Adaptif, fungsi tutup pintu lembut, rekaan rim 20 inci baharu, Power steering Plus, serta pengecasan peranti tanpa wayar.

“Tiga warna ditawarkan iaitu hitam (Chromite Black Metallic), putih (Carrara White Metallic) dan kelabu (Quarzite Grey Metallic),” tambahnya.

SUV ini boleh ditempah menerusi laman web mycayenne.online. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI