JAKARTA – Seorang kanak-kanak membantu membetulkan seluar pendek seorang penghibur jalanan yang memakai kostum kanak-kanak Ipin di Kota Batu, Jawa Timur, lapor portal berita liputan6 semalam.
Dalam satu rakaman video di aplikasi TikTok yang menggunakan akaun @lely_faj semalam, penghibur jalanan yang memakai kostum kanak-kanak Ipin itu dilihat malu untuk memakai semula seluar tersebut.
Seluar pendek itu melorot ketika penghibur jalanan berkenaan cuba memakai seluar tersebut ketika melakukan persembahan tetapi seorang budak yang berdiri berdekatan membantunya untuk memakaikannya semula.
Sejak video itu dimuat naik, ia sudah ditonton lebih 12 juta kali dengan mendapatkan 1.5 juta tanda suka daripada pengguna TikTok.
Terdapat sekitar 14 ribu komentar di ruangan komen, manakala ada netizen yang memuji sikap baik hati kanak-kanak tersebut.
Ipin ialah salah satu watak dalam filem kartun yang popular di Malaysia dan Indonesia. – AGENSI