fbpx

Syamsul Yusof suka semua masakan Ira Kazar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ira Kazar memaklumkan semua juadah disediakannya, Syamsul Yusof menjadi kegemaran suaminya itu.

PETALING JAYA – “Semua dia suka.”

Itu respons isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar apabila terdapat netizen yang mempersoalkan sama ada suaminya menyukai menu pengat pisang yang dimasaknya.

Tanpa perlu berbalah atau membalas komen dengan cara yang sinis, Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazruddin, 28, hanya memberitahu suaminya menyukai semua jenis makanan yang dimasaknya.

“Syamsul suka pengat pisang ke?” soal individu tersebut dalam ruangan komen.

Dalam masa sama, video perkongsian resipi yang dilakukan Ira terus meraih pujian ramai sehingga ada yang memintanya meneruskan aktiviti tersebut.

“Resipi Ira memang mudah untuk diikuti. Harap akan ada lebih banyak video selepas ini.

“Sedap suara Ira, pandai masak pula tu, patutlah Syamsul sayang,” komen netizen.

Hasil tinjauan, rata-rata video resipi yang dimuat Ira dalam TikTok mencecah jutaan tontonan.

Terdahulu, Ira bergelar isteri kedua Syamsul pada 5 Januari lalu.

Rentetan daripada itu, Puteri Sarah Liyana yang merupakan isteri pertama Syamsul pada ketika itu bertindak memfailkan perceraian sebelum disahkan bercerai secara rasmi pada 14 Julai 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI