fbpx

Malaysia jadi hab destinasi pelaburan masa depan dari UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Mohamed mengadakan pertemuan di Abu Dhabi.

PETALING JAYA – Malaysia akan mendapat manfaat yang besar dengan menjadi sebahagian daripada destinasi pelaburan masa depan ADQ dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ADQ merupakan syarikat pelaburan berfokuskan kelestarian yang berpangkalan di Abu Dhabi.

“Di Abu Dhabi, salah satu mesyuarat terawal saya adalah dengan Yang Mulia Mohamed bin Hassan Al Suwaidi, Menteri Pelaburan UAE, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ADQ.

“Saya yakin Malaysia akan mendapat manfaat yang besar daripada menjadi sebahagian daripada destinasi pelaburan masa depan ADQ sementelahan memasarkan Malaysia sebagai pangkalan atau hab mereka ke pasaran ASEAN,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia-UAE kukuh dari dahulu dan berharap pertemuan itu menguatkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Menurutnya, beliau yakin Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan agensinya juga sedang bertiwikrama dalam menambahbaik landskap pelaburan dan perdagangan di Malaysia.

“Sekali lagi, terima kasih H.E. Mohamed bin Hassan Al Suwaidi dan seluruh pasukan atas kepercayaan dan keyakinan anda terhadap Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI