fbpx

Lelaki bertuah dapat ‘ciuman’ Daiyan Trisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIAR sekadar ciuman pada helaian buku simbolik terima kasih, seorang jejaka berasa suidah cukup bertuah mendapat hadiah istimewa itu daripada Daiyan Trisha.

PETALING JAYA – Seorang lelaki teruja selepas berjaya mendapatkan koleksi buku terakhir tulisan pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha berjudul Tulisan By Daiyan Trisha yang turut disertakan dengan satu ‘ciuman’ istimewa.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan dalam akaun TikToknya, seorang lelaki bernama Luqman tidak menyangka apabila mendapati buku yang dibelinya itu merupakan buku terakhir yang mempunyai tanda tangan Daiyan dan satu-satunya buku yang turut diberi tanda gincu (ciuman) oleh artis cantik itu.

“Saya dapat buku terakhir,” kongsinya dalam TikTok sambil turut meletakkan emoji menangis.

Perkongsian Luqman dalam TikTok miliknya itu sekali gus menuai rasa cemburu beberapa pengguna lain apabila menganggap dia sangat bertuah kerana memiliki satu-satunya buku yang ‘dicium’ oleh Daiyan.

Malah, ada segelintir pengguna TikTok sanggup melakukan apa sahaja, demi untuk mendapatkan buku yang mempunyai tanda ciuman tersebut.

“Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan tuah anda,” ujar seorang netizen.

Terdahulu, Daiyan menerusi hantaran dalam Instagram miliknya beberapa minggu lalu, berkongsi berita gembira apabila buku yang ditulisnya kini telah berada di pasaran.

Dalam sebuah video yang dikongsikan, Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin dilihat telah memberi tanda tangan dan ‘ciuman’ pada salah sebuah buku miliknya itu.

“Hi semua. Ini adalah buku terakhir yang ke-2,000. Saya akan beri tanda tangan. Siapa yang dapat buku ini, sila kongsikan dalam media sosial. Terima kasih. Saya sayang anda semua,” katanya teruja.

Difahamkan buku tersebut telah pun habis dijual dipasaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI