fbpx

Badan lelaki melecur 30 peratus, apartment meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian letupan yang berlaku di Apartment Desa Tun Razak, Desa Tun Razak malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mengalami melecur 30 peratus anggota badan selepas satu kejadian kebakaran akibat letupan yang berpunca dari kebocoran gas di Apartment Desa Tun Razak, Desa Tun Razak di sini malam tadi.

Komander Operasi Kanan Bomba Norasmah Alias melalui satu kenyataan berkata, kejadian tersebut turut melibatkan dua buah rumah berdekatan terbakar di Blok 4, Tingkat 10 apartment tersebut.

“Terdapat seorang mangsa lelaki mengalami kemelecuran sebanyak 30 peratus. Mangsa telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menggunakan EMRS dan telah dimasukan dalam zon merah.

“Selain itu terdapat 12 buah motor juga telah mengalami kerosakan,” katanya hari ini.

Tambahnya, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan dari MERS999 pada pukul 10. 59 malam, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

“Seramai 16 anggota lain-lain pangkat terlibat disamping pasukan operasi jentera dari BBP Sungai Besi dan jentera bantuan dari BBP Bandar Tun Razak bersama jentera FRT- 2 dan EMRS- 2,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI