fbpx

Piala AFC: Sabah ‘berpesta’ di Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SADDIL Ramdani (kanan) muncul sebagai watak penting Sabah yang tewaskan PSM Makassar 5-0 pada aksi Piala AFC. - PSM MAKASSAR

KUALA LUMPUR – Bintang import dari Indonesia, Saddil Ramdani menghadirkan kekecewaan buat peminat bola sepak di negaranya apabila memacu kejayaan Sabah yang membelasah PSM Makassar 5-0 di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali sebentar tadi.

Saddil mencipta tiga bantuan jaringan The Rhinos dan turut jadi pencetus kepada situasi sukar yang menyaksikan penjaga gol tuan rumah, Reza Arya Pratama dilayangkan kad merah.

Terdahulu, jaringan awal Darren Lok seawal minit keenam jelas menghadirkan keselesaan buat Sabah untuk menguasai permainan dan sepatutnya mampu mendapatkan tambahan jaringan namun peluang dicipta gagal disudahkan dengan lebih baik.

Sebaik perlawanan berusia 15 minit, tuan rumah seakan mula mendapatkan rentak untuk menguji Damien Lim di pintu gawang Sabah sebaliknya sentuhan akhir turut menghadirkan kekecewaan buat PSM Makassar.

Saddil yang muncul pencetus jaringan pertama sekali lagi membuktikan dirinya memiliki ‘umpanan emas’ dan minit ke-36 hantarannya berjaya menemui Gabriel Peres untuk melengkapkan gol kedua Sabah.

Hanya 35 saat selepas babak kedua bermula, Saddil terus pamer bisa untuk melakukan umpanan ketiga yang sekali lagi disempurnakan oleh Darren dan harapan kebangkitan PSM Makassar seakan mustahil apabila Reza diarah meninggalkan padang kerana mengasari rakan senegaranya itu.

Kelebihan seorang pemain pantas dimanfaatkan The Rhinos yang memperoleh dua lagi gol menerusi sepakan percuma Stuart Wilkin pada minit ke-73 diikuti gol Farhan Roslan pada masa kecederaan.

Kemenangan ini menyaksikan Sabah memimpin carta Kumpulan H dengan mengutip mata maksimum daripada dua perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI