fbpx

Perolehan industri francais disasar RM500 bilion – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan dalam Majlis Malam Anugerah Francais Malaysia 2023 yang berlansung di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay di sini, malam ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI/ZUL MANZOR (KOSMO)

KUALA LUMPUR – Industri francais negara disasar mencatat perolehan sebanyak RM500 bilion apabila Dasar Francais Negara 2030 diperkenalkan oleh kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sasaran itu meskipun sesuatu yang berat untuk dicapai, namun ia boleh direalisasikan.

“Matlamat kita untuk industri francais ini mencapai angka RM500 bilion dari segi “turnover” (perolehan). Walaupun saranan ini mungkin agak berat untuk tuan-tuan dan puan-puan (pemain industri) sahut, tetapi saya yakin matlamat ini boleh dicapai jika semua pihak komited melakukannya.

“Saya yakin dibawah kepimpinan
Datuk Dr. Radzali Hassan (Pengerusi MFA) dan pastinya dibantu oleh rakan-rakan pemain industri, matlamat itu boleh dicapai,” katanya pada Majlis Malam Anugerah Francais 2023 di sini malam ini.

Ahmad Zahid berkata, terdapat dua kumpulan sasaran untuk industri francais dengan salah satunya sama ada di pameran domestik atau juga pameran produk halal.

Menurut beliau, kumpulan sasaran kedua adalah memperkembangkan produk francais ke luar negara dan kerajaan wajib membantu usaha tersebut.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan RM6 juta bagi promosi francais ke luar negara. Ini adalah satu jumlah promosi yang kecil.

“Harap dalam bajet (Belanjawan 2024) kali ini mohon kepada Menteri Kewangan supaya ditambah kepada RM60 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyarankan supaya Persidangan Francais ASEAN dianjurkan di Malaysia dan menawarkan dirinya menjadi koordinator persidangan berkenaan.

“Saya menawarkan diri jadi koordinator kepada persidangan ini bagi kita melaksanakan program ini kerana saya juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Bagi Pembangunan Usahawan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI