fbpx

Peluang The Speedy Tigers tebus aib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARHAN mengingatkan rakan-rakan sepasukan agar memburu penamat kelima terbaik pada Sukan Asia Hangzhou 2023.

KEGAGALAN melangkah ke separuh akhir tidak bermakna skuad hoki lelaki negara sudah tidak mengambil peduli baki saingan apabila bertekad untuk memburu penamat kelima terbaik Sukan Asia Hangzhou 2023.

Aksi terakhir The Speedy Tigers menentang Pakistan dalam penentuan tempat kelima dan keenam di Stadium Gongshu Canal hari ini amat penting buat barisan pemain menebus kekecewaan untuk kembali meningkatkan moral mereka.

Justeru, kapten negara, Muhammad Marhan Mohd. Jalil menggesa rakan sepasukannya agar menjadikan kegagalan itu sebagai pengajaran terbaik memandangkan peluang ke Sukan Olimpik Paris 2024 masih belum tertutup.

“Ini laluan yang kita pilih jadi kita teruskan sehingga habis. Sebagai kapten, saya kena pastikan rakan sepasukan masih teruskan sikap positif untuk bermain perlawanan seterusnya.

“Perlawanan ini amat penting dan kita tidak boleh terus kalah kerana mata ranking. Itu lebih penting untuk Kelayakan Olim­pik nanti dan kita tidak boleh lepaskan peluang kedua ini.

“Mungkin kekalahan di sini akan membantu kami menaikkan intensiti kerana pada kelayakan nanti, kita akan berdepan pasukan yang lebih bagus daripada seluruh dunia,” kata tonggak pertahanan berpengalaman itu.

Skuad bimbingan A. Arul Selvaraj gagal ke separuh akhir selepas menamatkan Kumpulan B di tangga ketiga gara-gara kekalahan 2-3 kepada Korea Selatan selain seri 4-4 dengan China dalam dua aksi terakhir.

Ia melenyapkan impian Malaysia untuk merebut pingat emas yang menawarkan slot automatik ke Olimpik Paris 2024 sebagai juara benua Asia.

Kini, The Speedy Tigers me­nempah laluan lebih berliku apabila perlu mengharungi aksi Kelayakan Olimpik yang akan diadakan di Muscat, Oman atau Valencia, Sepanyol dari 13 hingga 21 Januari tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI