fbpx

Malaysia tuan rumah Forum Pekerjaan Awam Antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IPEF 2023 akan membincangkan mengenai pembangunan pasaran buruh, dasar dan amalan terbaik sektor tenaga kerja. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysia mencatat sejarah apabila di­pilih sebagai negara pertama bagi penganjuran Forum Pekerjaan Awam Antarabangsa 2023 (IPEF 2023) yang membincangkan mengenai pembangunan pasaran buruh, dasar dan amalan terbaik sektor tenaga kerja.

Forum selama tiga hari bermula 11 Oktober ini melibatkan penyertaan pelbagai negara termasuk Belgium, Korea, Norway, Indonesia, India, Turkiye, Jerman dan lain-lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Ke­selamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, IPEF 2023 berkait rapat mengenai cadangan dasar untuk meningkatkan peluang pekerjaan awam dan daya tahan tenaga kerja.

Mohammed Azman menunjukkan risalah mengenai IPEF 2023.

Katanya, keputusan itu akan dinilai melalui tinjauan pasca forum, kajian kes dan pemantauan pelaksanaan cadangan dalam tempoh tertentu.

“Ia merupakan forum yang julung-julung kali diadakan melibatkan pihak yang komited untuk memajukan pekerjaan awam serta pembangunan tenaga kerja sama ada di Malaysia atau negara-negara lain.

“IPEF 2023 turut memfokuskan pengukuhan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional bagi meningkatkan kepakaran tenaga mahir selain memperkasakan kumpulan terpinggir,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohammed Azman yang juga Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) menambah, pelbagai organisasi termasuk agensi kerajaan, antarabangsa, institusi penyelidikan dan pihak berkepentingan swasta turut terlibat dalam forum berkenaan.

Tambahnya, ISSA turut berdepan dengan cabaran dalam memupuk tenaga kerja berdaya tahan disebabkan jurang kemahiran dan perubahan teknologi pantas.

“Forum itu juga akan mencadangkan strategi bagi menangani kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan penyesuaian diri dengan pekerjaan jarak jauh,” katanya.

Menurut Mohammed Azman, Perkeso misalnya mempunyai portal pekerjaan sendiri (MYFutureJobs) yang terbukti berjaya memberi penempatan pekerjaan kepada pencari kerja sebelum dan selepas Covid-19.

“Forum ini juga menyasarkan penglibatan Ketua Pegawai Eksekutif, peneraju perniagaan, pengurusan sumber manusia, penggubal dasar buruh, ahli akademik dan orang ramai secara amnya,” kata Mohammed Azman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI