fbpx

Lovelly hadiahkan pingat ke-27 Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOVELLY meraih pingat perak dalam acara kata wanita sekali gus melengkapkan 27 pingat yang disasarkan kontinjen negara pada Sukan Asia Hangzhou. - FB OLYMPIC COUNCIL OF MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Atlet karate negara, Lovelly Anne Robbert berjaya menghadiahkan pingat ke-27 buat Malaysia sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan kontinjen negara pada Sukan Asia Hangzhou.

Lovelly berjaya meraih pingat perak bagi acara kata wanita selepas meraih 39.80 mata, tewas kepada pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Jepun, Kiyou Shimizu pada aksi final di Pusat Sukan Gimnasium Linping sebentar tadi.

Atlet Filipina, Sakura Alforte dan Grace Lau Mo-sheung dari Hong Kong pula berkongsi pingat gangsa dalam acara itu.

Hasrat kem karate negara untuk meraih satu lagi pingat hari ini tidak kesampaian selepas R. Sharmendran tewas 0-8 kepada Nazim Nurlanov dari Kyrgyzstan pada penentuan pingat gangsa kumite lelaki bawah 75 kilogram (kg). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI