fbpx

Jururawat pemenang pertandingan ratu cantik tanpa mekap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beresford (kiri) menang pertandingan ratu cantik tanpa mekap di London pada minggu lalu. - Foto @GEMxFoto / SWNS

LONDON – Seorang gadis cantik secara semula jadi dinobatkan sebagai pemenang pertandingan ratu cantik Miss London 2023 yang berlangsung di kota London, lapor akhbar New York Post semalam.

Pertandingan ratu cantik pada minggu lalu itu unik kerana berlangsung tanpa pemakaian mekap. 

Natasha Beresford, 26, yang merupakan seorang  jururawat pergigian, menewaskan 18 gadis lain dan akan mara untuk bersaing bagi merebut gelaran Miss England akhir tahun ini.

“Saya teruja kerana dipilih sebagai Miss London. Semua gadis yang bertanding sangat cantik dan benar-benar memberikan  inspirasi. Jadi, ia satu penghormatan untuk terpilih (sebagai pemenang),” katanya.

Panel juri memberi tumpuan kepada aspek pekerjaan, pendidikan, kecantikan semula jadi dan etika peserta, demikian menurut laman web pertandingan tersebut.

Natasha berasal dari Sheffield dan berpindah ke London dua tahun lalu untuk bekerja di Hospital Pergigian Diraja London.

Pada tahun lalu, dia pergi ke Uganda sebagai sukarelawan Dentaid iaitu  badan amal yang  memberikan penjagaan pergigian percuma  kepada gelandangan, mangsa penderaan, pelarian dan komuniti lain yang memerlukan pertolongan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN