fbpx

Pemandu e-hailing hadapi 4 pertuduhan rogol, amang seksual anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu e-hailing menghadapi empat pertuduhan rogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pemandu e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan rogol dan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang kini berusia 13 tahun.

Tertuduh berusia 42 tahun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal manakala bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula dia didakwa telah merogol mangsa.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan oleh tertuduh selama tiga tahun sewaktu anak perempuannya berusia lapan lapan sehingga 11 tahun.

Dia didakwa dilakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di daerah Marang dari pertengahan 2018 sehingga pertengahan 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan minimum 10 sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI