fbpx

DBKL serbu kilang kicap kotor, tempayan dihurung serangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kilang pembuatan kicap tanpa lesen yang diperiksa di kawasan kediaman di Batu 5 Gombak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Mengoperasikan kilang pembuatan kicap tanpa lesen dan tidak memenuhi spesifikasi kesihatan di kawasan kediaman berpenduduk.

Itulah hasil pemeriksaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap sebuah premis yang terletak di Batu 5 Gombak, di sini, kerana disyaki ditukar guna menjadi kilang pembuatan kicap.

DBKL dalam kenyataan berkata, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati bekas menjemur kicap (tempayan) dibiarkan terbuka dan menjadi hurungan serangga kecil.

“Premis itu juga didapati tidak memasang sinki yang dilengkapi perangkap minyak dengan keadaan stor penyimpanan yang kotor.

“Pemilik telah dikenakan kompaun di bawah UUK 3(1) UUKPPM (WPKL) 2016 – Jabatan Keselamatan Alam Sekitar (JKAS) 107172 serta notis perintah penutupan premis dibawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas kenyataan itu, amaran dan nasihat berkenaan kehendak-kehendak kesihatan juga telah diterangkan kepada pihak pengurusan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI