fbpx

Lima tahun mandi air hujan, air boring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasmah dan suami yang terlantar sakit berharap bekalan air bersih dapat disalurkan ke rumah mereka di Kampung Tebing Tinggi di Matang, Taiping.

TAIPING – Sebuah keluarga susah di Jalan Lombong, Kampung Tebing Tinggi di Matang, di sini terpaksa menggunakan air hujan dan sumber air boring untuk mandi ekoran ketiadaan bekalan air bersih sejak lima tahun lalu.

Menurut Hasmah Yahya, 68, keluarganya telah membuat surat permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk memasukkan air paip ke rumahnya kepada Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang Selama pada 31 Julai 2018.

Katanya, permohonan itu dibuat kepada pihak berkenaan kerana status tanah yang didiami milik kerajaan, namun sehingga kini keluarga itu tidak menge­tahui status permohonan tersebut.

“Jika mahu mandi, mencuci pakaian serta wuduk, kami menggunakan sumber air bo­ring meskipun air yang keluar itu tercemar dan berbau. Air hujan pun kami tadah.

“Untuk memasak dan minuman, kami mengambil air paip dari kawasan Masjid Matang. Hanya itu pilihan yang kami ada,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Hasmah memberitahu, dia bersama suami, Shamsudin ­Ariffin, 73, yang uzur dan terlantar sakit hanya bergantung harap kepada anak sulungnya, Azhar, 41, yang bekerja sebagai nelayan, manakala anak keduanya, Azri, 40, pula orang kelainan upaya (OKU).

“Pendapatan sebagai nelayan tidak tetap, jika dia turun ke laut dan bawa balik ikan, maka itulah makanan kami sekeluarga, namun sekiranya tiada, maka kami akan makan apa yang ada sahaja termasuk ikan kering.

“Anak kedua yang juga golo­ngan OKU mendapat bantuan bulanan sara hidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan wang itu digunakan untuk membeli barang keperluan,” katanya.

Orang ramai yang ingin me­nyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional Hasmah Yahya 0822841000039129 atau menghubunginya di talian 014-3218 786.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI