fbpx

Dikecam harga makanan mahal, pemilik perjelas sebab caj Ekin RM1,260

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik restoran tersebut tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan isu harga makanan di kedainya mahal.

PETALING JAYA – Pemilik restoran Dol Mat Seafood tampil membidas kecaman netizen termasuk tuduhan isteri penyanyi, Mawi, Ekin Rahmat yang mendakwa harga makanan di restorannya terlalu mahal.

Terdahulu, Ekin menerusi satu perkongsian video di Instagramnya mendakwa caj RM1,260 yang dikenakan pihak restoran makanan laut itu tidak masuk akal dengan jumlah hidangan dipesan.

Susulan itu, seorang wanita yang mengaku sebagai pemilik restoran tersebut memuat naik video memperincikan menu dipesan Ekin untuk 20 orang makan, termasuk pecahan harga bagi setiap hidangan.

“Assalamualaikum, mak cik owner (pemilik) gerai No. 14 Dol Mat Seafood. Tujuan video ini dibuat untuk memberi pencerahan berkaitan video yang dimuat naik di media sosial oleh selebriti tanah air yang tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tidak memuaskan.

“Pada 30 September, waktu petang mereka datang ke kedai saya dalam 20 orang termasuk kanak-kanak. Di sini saya ingin senaraikan makanan yang dimakan dengan jumlah bayaran RM1,260.

“Ini adalah details (perincian) harga makanan yang dimakan pada hari itu. Kalau belum jelas boleh datang jumpa mak cik,” katanya.

Senarai hidangan dan harga:

Nasi putih 4 hidang, 1 hidang untuk 5 orang makan (RM10) x 4 = RM40
Baby Kailan 3 hidang, 1 hidang untuk 3 orang makan (RM18) x 3 = RM54
Pari Bakar 3 hidang, 1.8 kilogram, RM9 setiap 100 gram = RM162
Siakap Tiga Rasa 2 ekor, 1 ekor RM48 x 2 = RM96 Siakap Stim bernilai RM48.
Udang Butter 3 hidang, 1.6 kilogram, setiap 100 gram bernilai RM14 = RM224
Sotong Tepung 3 hidang, 1.6 kilogram, setiap 100 gram bernilai RM9 = RM144
Ketam Cili 1 hidang ada dua ekor, berat 1.5 kilogram, setiap 100 gram bernilai RM9 = RM135
Ketam Telur Masin 1 hidang dua ekor, berat 1.5 kilogram, setiap 100 gram bernilai RM9 setiap = RM135
Telur dadar 5 hidang, 1 hidang 3 biji RM6 = RM30
Siput Gonggong satu pek RM30
Minuman dan otak-otak = RM162

Dalam pada itu, pemilik kedai makan tersebut turut menafikan kenyataan Ekin yang mendakwa hanya memesan dua ekor ikan sahaja.

“Siakap stim satu ekor bernilai Rm48. Dalam video awak cakap ikan makan dua ekor sahaja tapi sebenarnya enam hidang.

Pada masa sama, wanita itu memaklumkan bahawa Ekin dan keluarga telah membuat pesanan kurang lebih 11 jenis makan yang berbeza seperti siakap tiga rasa, udang masak butter, siput gonggong, sotong goreng tepung dan ikan pari bakar. – KOSMO! ONLINE.

@abangcinta_1 Replying to @ekinmawi_aenn ♬ original sound – 🅰🅱🅰🅽🅶🅲🅸🅽🆃🅰

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI