fbpx

Aishwarya Rai kena ‘troll’ dikutuk gemuk, berwajah plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISHWARYA menjadi mangsa 'troll' dan dikutuk teruk dek perubahan wajah dan fizikalnya.

“PLASTIK! Dia lebih cantik sebelum ini”.

Itu antara komen jahat netizen terhadap perubahan wajah aktres Bollywood, Aishwarya Rai yang didakwa kelihatan sembab berpunca daripada suntikan botox.

Sejak dua hari lalu, penampilan Miss World 1994 itu pada Minggu Fesyen Paris itu tular dan dijadikan isu provokatif dalam pelbagai platform media sosial.

Banyak lagi komen lain yang ditujukan kepada Aishwarya dengan rata-ratanya berbaur ejekan dan kutukan melampau.

“Wajahnya umpama menggunakan separuh daripada plastik di tengah lautan,” kata seorang netizen yang kecewa andai spekulasi bintang kesayangan menjalani operasi demi awet muda itu benar.

“Seseorang patut menasihatkannya supaya menambah ‘filler’ sebulan sebelum menghadiri majlis itu,” ungkap peminat lain pula.

Komen berbaur hinaan dan sindiran mula membanjiri platform media sosial sejak video isteri kepada Abhishek Bachchan itu berjalan di pentas ‘runway’ majlis gah tersebut tersebar.

Biarpun anggun mengenakan gaun emas bergemerlapan dengan langkah meyakinkan, ramai tetap menjadikan perubahan wajahnya terutama pada bahagian pipi dan dagu sebagai bahan perdebatan.

Bermacam-macam spekulasi dibangkitkan sehingga isu botox atau penggunaan filler mengenainya menjadi trending dalam platform X.

Rata-rata netizen berpendapat aktres yang pernah tersenarai antara wanita paling jelita di dunia itu mengaplikasikan suntikan botox berlebihan demi kelihatan muda.

Pada masa sama, sebilangan netizen menasihatkan figura berusia 50 tahun itu memecat pasukan botox yang melakukan rawaran terhadapnya.

Situasi tidak terhenti begitu saja kerana seperti tidak puas mengejek wajah, dandanan rambut serta pemilihan persalinan ibu anak satu itu juga teruk dikutuk teruk sehingga disamakan dengan makhluk asing.

Jika membaca satu persatu komen, sangat pedih kecaman dilontarkan termasuk gelaran hodoh dan gemuk, namun semua itu tidak diendahkan peminat setianya.

Berbaik sangka, ada peminat menganggap perubahan wajah Aishwarya sesuatu yang normal berikutan pertambahan usia dan berat badan.

Bagi mereka, bintang Devdas yang menjadi heroin puluhan filem pecah panggung itu tetap memiliki kecantikan semula jadi tanpa memerlukan bahan sokongan lain.

Biar apa pun tanggapan ramai, bagi pengikut tegarnya, selebriti kesayangan mereka itu tetap berjaya memukau mata semua dan pentasd runway acara berprestij tersebut sudah menjadi bukti bahawa Aishwarya yang tidak pernah pudar pesona.

Pada acara yang berlangsung di Theatre Le Palace tersebut, ramai selebriti Hollywood turut diundang termasuk Kendall Jenner, Katherine Langford, Eva Longoria, Elle Fanning dan Camila Cabello.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI