fbpx

Suspek samun rokok, wang RM230 kedai serbaneka diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedai serbaneka 24 jam yang disyaki disamun suspek di Kampung Losong Haji Shafie, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur diberkas polis bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kampung Losong Mat Shafie di sini hari ini.

Suspek berusia 27 tahun tersebut ditahan di Jalan Losong Masjid di sini iaitu kira-kira 1.1 kilometer daripada lokasi kejadian pada pukul 4.15 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, suspek disyaki telah menyamun kedai serbaneka 24 jam itu pada pukul 5.15 pagi.

“Suspek yang berpakaian penutup separuh muka sambil bersenjatakan sebilah pisau telah melarikan wang tunai RM230 dan beberapa kotak rokok.

“Sewaktu kejadian, seorang pelanggan wanita berusia 28 tahun dan seorang pekerja kedai berusia 20 tahun berada di dalam premis tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, kedua-dua mangsa sempat keluar bagi menyelamatkan diri sebaik suspek memasuki kedai serbaneka 24 jam berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI