PETALING JAYA – Netflix sedang merancang untuk menaikkan harga langganan dalam masa terdekat.
Menurut laporan eksklusif daripada Wall Street Journal, Netflix sekali lagi akan naikkan harga langgan bermula dari negara Amerika Syarikat, Kanada dan diikuti negara lain.
Dalam laporan sebelum ini, Netflix telah menurunkan harga langgan pada bulan Februari lalu.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik Februari lalu di laman sosial (@netflixmy), pihak pengurusan Malaysia telah menurunkan pakej Basic Plan di Malaysia daripada RM35 kepada RM28 sebulan
Walaubagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan daripada Netflix mengenai harga tetap yang bakal dinaikkan. – KOSMO! ONLINE