fbpx

Teksi robot cetus kesesakan teruk selepas gagal berfungsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah teksi robot mencetuskan kesesakan jalan raya di Austin pada malam Sabtu lalu. - Foto Drive

WASHINGTON – Buat kali kedua dalam tempoh beberapa bulan, sejumlah teksi tanpa pemandu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk dengan hampir 24 kenderaan itu terkandas di Austin, Texas dalam kejadian terbaharu pada malam Sabtu lalu, lapor laman berita Drive.

Menurut laman berita Electrek, sebuah teksi yang dikendalikan oleh syarikat teksi robot, Cruise dan dimiliki oleh syarikat automotif, General Motors bergerak berhampiran kampus Universiti Texas.

Namun, ia terhenti apabila salah satu kenderaan itu terkandas di satu persimpangan.

Ia kemudian tidak dapat keluar dari persimpangan tersebut, menyebabkan barisan robot teksi mula ‘berbaris’ di belakangnya sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Video kejadian itu telah dimuat naik ke laman perkongsian sosial, Reddit.

Jurucakap Cruise memberitahu Electrek bahawa kesesakan lalu lintas itu disebabkan oleh lencongan yang tidak dijangka pada laluan yang biasanya tidak dilalui kenderaan berkenaan.

Ia menyebabkan program pengaturcaraan komputernya tidak dapat mengubah haluan teksi robot tersebut dengan pantas.

“Kami mengutamakan keselamatan dalam setiap apa yang kami lakukan. Ia adalah persekitaran yang sesak dan mencabar serta tiada pejalan kaki, kenderaan atau kerosakan harta benda.

“Kami telah mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan kesesakan di kawasan itu,” kata kenyataan dikeluarkan Cruise. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI