fbpx

Ibu tunggal mengaku curi barang di tiga farmasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas empat pertuduhan mencuri 147 produk kosmetik dan kesihatan bernilai RM13,002.23. -Foto SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang wanita yang juga ibu tunggal empat anak dihukum lapan bulan penjara dan denda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan mencuri 147 produk kosmetik dan kesihatan bernilai RM13,002.23.

Tertuduh Sazila Isa, 40, membuat pengakuan itu dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni dan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan di hadapan Majistret Khairunnisak, tertuduh dengan niat curang telah mencuri 115 produk kecantikan dan kesihatan pelbagai jenis, keseluruhan berjumlah RM9,709.88.

Kesalahan itu dilakukan di Farmasi Guardian Jalan Bunga Raya dan Farmasi Guardian Kipmall, Jalan Tun Fatimah, Bachang dalam daerah Melaka Tengah antara 29 April 2023 hingga 6 September 2023.

Bagi pertuduhan di hadapan Majistret Sharda Shienha pula, tertuduh didakwa mencuri 32 produk sama berjumlah RM3,291.75 di Farmasi Guardian Mahkota Parade dalam daerah Melaka Tengah pada pukul 8.15 malam, 26 Julai 2023.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan denda mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menjatuhkan lapan bulan penjara dari tarikh ditangkap bermula 9 September lalu dan denda RM5,500 bagi semua kesalahan atau dua bulan penjara jika gagal bayar.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI