fbpx

Ferrari, Lamborghini rempuh van, 2 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua kereta super itu cuba memotong sebelum kemalangan. - Jam Press

ROM, Itali – Sepasang suami isteri maut selepas dua kereta Ferrari dan Lamborghini merempuh sebuah van perkhemahan semasa menyertai jelajah supercar di Itali.

Akhbar The Sun melaporkan, dua kereta mewah itu pada awalnya memotong kenderaan lain, namun pelanggaran berlaku yang menyebabkan van tersebut terbalik di Pulau Sardinia.

Sepasang pelancong warga Switzerland, Melissa Krautli, 63 dan Markus Krautli, 67, yang menaiki Ferrari itu dilaporkan terbunuh selepas kereta mereka terbakar.

Video kejadian dirakam oleh salah seorang pengguna jalan ketika kemalangan Isnin lalu. Dalam video tersebut, sebuah Lamborghini dirakam cuba memotong van dengan memandu di laluan bertentangan.

Sebuah Ferrari merah kemudian meluncur laju sebelum dua supercar itu berlanggar antara satu sama lain dan merempuh van putih di hadapan. 

Kereta Lamborghini terbabas ke dalam parit, namun sepasang suami isteri yang menaikinya mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa. 

Insiden berlaku semasa Jelajah Supercar Sardinia, di mana beberapa supercar dipandu dari Teulada ke Olbia untuk mempamerkan kemewahan kepada orang ramai. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI