fbpx

Kerajaan akan terus beri subsidi haji, tetapi bukan kepada golongan kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi haji bagi memastikan kos melaksanakan haji tidak melonjak tinggi kepada majoriti rakyat.

Anwar berkata, bagaimanapun subsidi tersebut sewajarnya diberikan keutamaan kepada golongan yang benar-benar susah.

“Bagi yang mampu, ada yang menolak subsidi walaupun boleh menerima bantuan daripada Tabung Haji kerana mereka merupakan pencarum.

“Yang naik ini (kos haji) kepada yang berpendapatan RM100,000 sebulan. Tetapi, yang bawah (golongan) tidak dinaikkan. Saya buat begitu kerana kerajan tidak boleh tampung lagi subsidi begitu,” katanya semasa Majlis Ramah Mesra MADANI.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, subsidi seharusnya menjadi bantuan untuk orang susah, justeru sistem perlu diperbetulkan kerana ada golongan kaya yang turut menerima bantuan.

“Kita kena tukar, tiada masalah. Alhamdulillah, oleh kerana kita terangkan begini ada 400 jemaah yang layak menerima sebahagian ataupun sepenuhnya subisidi tolak subsidi,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kos haji dijangka meningkat 11 peratus secara purata pada tahun hadapan berikutan faktor-faktor di luar kawalan Tabung Haji seperti kos penginapan, pengangkutan, penerbangan, makan minum dan lain-lain caj perkhidmatan.

Pengerusinya, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, ia merupakan rentetan pasca atau kesan akibat
pandemik Covid-19 yang lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI