fbpx

Founder HQ bangunkan sistem pemasaran berkesan untuk pemilik perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Melalui perisian yang dibangunkan oleh Founder HQ, kaedah pemasaran untuk peniaga semakin efektif dan berkesan. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Founder HQ, sebuah syarikat bumiputera yang terlibat dalam pembangunan perisian berhubung pemasaran secara menyeluruh, telah melancarkan sistem pengurusan tempahan Semua Dalam Satu yang pertama seumpamanya di negara ini.

Pengasas syarikat, Naim Yahaya berkata, perkhidmatan tersebut bertujuan membantu pengusaha perniagaan yang memiliki rangkaian ejen dan stokis mempelbagaikan lagi kaedah pemasarannya sekali gus dapat menambah jualan serta memperkukuh jenama syarikat.

Menurut beliau, perkhidmatan itu akan membolehkan peniaga tidak terikat dengan satu saja kaedah pemasaran berbilang tingkat tetapi me­reka boleh mempelbagaikan segmen pemasaran kepada inisiatif menyimpan stok atau tidak, menggunakan nilai mata dan jualan berkumpulan.

“Tidak ada yang salah dan benarnya bagi seseorang peniaga itu mencuba kaedah pemasaran berbilang tingkat kerana itu adalah amalan perniagaan yang telah matang di pasaran semenjak 1980-an lagi.

“Tetapi jika melalui sistem yang dibangunkan Founder HQ, pastinya ia akan mem­bantu menggalakkan jualan para peniaga, jadi jangan takut untuk melabur ke arah tujuan itu.

“Berbanding dahulu, untuk menjadi stokis, usahawan perlu memiliki jumlah modal yang besar dan memilki rangkaian ejen yang meluas tetapi melalui pelan Founder HQ, ia tidak perlu melibatkan ejen di bawahnya menyimpan stok barangan tetapi akan diberi nilai tambah dalam aspek pengiraan komisen berdasarkan nilai mata serta pelbagai manfaat lain,” katanya dalam ken­yataan di sini semalam.

Naim menjelaskan, melalui perkhidmatan sistem Semua Dalam Satu yang dibangunkan melalui kajian selama dua tahun itu turut memiliki 258 modul bagi memastikan pengguna dapat memilih proses pemasaran berbilang tingkat yang praktikal dengan perniagaan masing-masing.

“Kita gabungkan semua pe­ngalaman selama ini dalam sistem baharu kerana kami sa­ngat mengambil berat tentang kesukaran yang dihadapi agar perkhidmatan dimanfaatkan oleh semua orang,” jelasnya.

Selain itu, beliau menerangkan, syarikat yang kini memiliki lima jurutera perisian untuk melancarkan lagi operasi syarikat, bakal memiliki sistem pengurusan pelanggan (CRM) menjelang akhir tahun in.

Melalui sistem tersebut, ia akan melengkapkan lagi ekosistem usahawan tempatan untuk mendapatkan maklum balas atau membuat tinjauan kepada pelanggan sedia ada agar dapat mengeratkan hubungan kerjasama perniagaan sekali gus menggalakkan jualan berulang yang lebih berkesan untuk jangka panjang.

Menurut Naim, harga perisian tersebut ditawarkan pada harga mampu milik iaitu dengan promosi RM599/sebulan ia terbuka kepada mana-mana usahawan yang terlibat dalam perniagaan online dengan tanpa had ahli yang mengakses serta produk dan transaksinya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI