fbpx

K2

Tip kurangkan risiko kanser payudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OKTOBER merupakan bulan Kesedaran Kanser Payudara.

KANSER payudara mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 34.1 peratus berbanding kanser lain dalam kalangan wanita di Malaysia.

Ini bermakna kadar penyakit kanser payudara di Malaysia adalah 34.1 kes bagi setiap 100,000 populasi wanita.

Data itu diumumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri pada Kempen Kesedaran Reproduktif Wanita (WcaRe) di Lundu, Kuching, Sarawak pada Januari lalu.

Justeru, kesedaran tentang kanser payudara penting buat wanita dan kaum lelaki yang turut berisiko mendapat penyakit sama.

Bertepatan dengan bulan Oktober sebagai bulan Kesedaran Kanser Payudara, Horizon berkongsi tip pencegahan kanser payudara buat para pembaca.

 

Kekal berat badan yang sihat
Individu obesiti, tidak kira lelaki atau wanita memiliki tahap estrogen yang lebih tinggi dalam badan mereka.

Ini kerana, selain kelenjar adrenal dan ovari, hormon estrogen juga terhasil daripada tisu lemak.

Sekiranya berlebihan, hormon ini mampu menggalakkan percambahan sel payudara sehingga menjadi kanser.

 

Amal pemakanan sihat
Amalkan diet meliputi pelbagai jenis sayur-sayuran, kekacang kaya serat, buah-buahan pelbagai warna serta bijirin penuh.

Kurangkan pengambilan daging merah, minuman bergula, makanan segera serta produk diproses.

Ini bagi memastikan organ-organ mampu menyerap nutrien secara optimum sekali gus dapat berfungsi dengan baik.

 

Jalani kehidupan aktif
Dengan hanya berjalan pantas selama 30 minit sehari, risiko kanser payudara dapat diturunkan sebanyak tiga peratus.

Selain daripada menurunkan kadar estrogen, bersenam juga meningkatkan kadar imun badan.

Imun ini berfungsi untuk membunuh atau melambatkan percambahan sel kanser.

 

Lakukan pemeriksaan berkala
Pemeriksaan payudara menerusi kaedah mamogram mampu menyelamatkan nyawa.

Mamogram adalah salah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin sinar-X yang direka khas.

Pengesanan awal membantu pengamal perubatan untuk mencari alternatif rawatan dengan segera.

 

Selidik sejarah keluarga
Penting untuk tahu tahap risiko peribadi berdasarkan sejarah perubatan keluarga daripada kedua-dua keluarga ibu bapa.

Ini bagi memastikan langkah pencegahan sesuai yang lebih spesifik dapat dilakukan atas nasihat pegawai perubatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI