fbpx

Tergamam kena bayar gula-gula timbang RM40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan tersebut.

PETALING JAYA – Seorang ibu muda tergamam apabila ‘terkena’ sebanyak RM40 dengan gula-gula timbang yang mempamerkan harga pada 100 gram.

Kata Nabilla Aisha, harga yang dipamerkan tidak jelas dan apabila ditimbang harga yang tertera lebih mahal.

“Terkejut saya, saya minta 150 gram tetapi bila timbang kena bayar jumlah RM40 pula,” jelasnya.

Rupa-rupanya pengalaman Nabilla Aisha turut dikongsi beberapa pengguna media sosial

“Baru saya perasan bahawa harga untuk 100 gram tidak dipamerkan dengan jelas,” katanya.

Kisah ini kemudian menjadi tular di media sosial, dengan banyak netizen yang berkongsi pengalaman sama.

“Benda ini memang mahal, pernah juga terkena bayar RM60,” tulis pengguna Facebook, Hani Abdul.

“Saya sekeluarga pernah membayar RM200, apabila keluar kedai, kami hanya mampu ketawa,” ulas Nina Ilyana berkongsi pengalaman.

Kejadian ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai ketulusan harga di kalangan peniaga makanan, dengan beberapa pihak meminta agar peniaga lebih teliti dalam memaparkan harga produk mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI