fbpx

Hajah Nelydia Senrose tidak lagi bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NELYDIA Senrose jadi perbualan ramai apabila menukar gambar profil Instagram menunjukkan dirinya dalam keadaan tidak lagi bertudung.

PETALING JAYA – Pelakon Nelydia Senrose menjadi bualan peminat apabila dikatakan sudah tidak lagi bertudung.

Perkara tersebut dibangkitkan selepas Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen menukar gambar profil Instagram dirinya tidak lagi manis bertudung seperti sebelum ini.

Berdasarkan pemerhatian, tetapan gambar profil Nelydia, 29, jelas memperlihatkan rambutnya berwarna perang duduk di atas katil dengan busana berona hitam gelap.

Sebelum ini, Kosmo! menerusi ruangan pojok Mizz Lahar melaporkan pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu sepertinya perlahan-lahan menonjolkan imej ‘lamanya’ itu.

Beberapa minggu lalu, Nelydia sekadar mengenakan topi ketika bercuti bersama saudara terdekat dan beberapa rakan wanita di Bangkok, Thailand.

Perkongsian terbabit mengundang persoalan dalam kalangan peminat berhubung penampilannya yang begitu santai.

Menerusi satu muat naik sepupunya yang juga pelakon, Aprena Manrose dalam Instagram, kelihatan beberapa keping gambar Nelydia yang sekadar bertopi termasuk di hadapan pintu bilik dipercayai tempat penginapan mereka.

Usaha Kosmo! untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung sama ada dia tidak lagi bertudung bagaimanapun menemui kegagalan apabila panggilan telefon dimatikan.

Adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu mula bertudung sejak 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI