fbpx

MPM, UiTM Perak meterai MoU jadikan Manjung kawasan pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL Hazeman (duduk kiri), bersama Muhamad Abdul Aziz (duduk kanan) menandatangani MoU di bangunan MPM, Seri Manjung hari ini.

LUMUT – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi meneroka bidang penyelidikan dan kajian dalam menjadikan Manjung menjadi kawasan pintar, mapan, sejahtera serta memiliki karakternya sendiri.

MoU yang berkuat kuasa selama tiga tahun itu ditandatangani oleh Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md. Salleh dan Timbalan Rektor UiTM Kampus Seri Iskandar, Prof. Madya Dr. Muhamad Abdul Aziz Ab. Gani hari ini.

Menurut Syamsul Hazeman, kolaborasi antara kedua-dua pihak tidak terbatas dalam satu aspek sahaja sebaliknya menyeluruh dan meliputi semua aspek perancangan, pembinaan, penguatkuasaan dan pelaksanaan.

“Menerusi MoU, kami akan memperolehi pandangan pihak ketiga dalam setiap perancangan, iaitu bukan hanya pandangan yang datang daripada pihak MPM dan komuniti sahaja.

“Jadi, kami berharap tenaga pakar dalam UiTM mungkin dapat melihat (sesuatu perancangan) daripada sudut yang lebih jauh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut.

Menurutnya, antara perkara yang diharapkan ialah ‘menghidupkan kembali’ bandar Lumut termasuk melibatkan bidang kesenian dan rekaan (art and design), kerana elemen perbandaran masa kini perlu hadir dengan keceriaan, bukan hanya dipenuhi binaan bangunan sahaja.

Bagi Muhamad Abdul Aziz pula, banyak negara sekarang sudah melangkah ke arah menjadikan bandar didiami bukan sahaja menjadi bandar pintar, tetapi juga menjadi bandar warisan sekali gus memiliki karakter tersendiri.

Dalam pada itu, beliau berhasrat mewujudkan satu platform bagi memberi peluang kepada orang ramai mengemukakan cadangan atau pandangan melibatkan pelbagai isu perbandaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI