fbpx

Selangor siap siaga hadapi banjir hingga Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 10,000 unit bantuan keperluan asas mangsa banjir disediakan sebagai kelengkapan mendepani peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang berlaku hingga Februari depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keperluan itu melebihi sekali ganda jumlah mangsa pada kejadian 2021 ekoran kebimbangan banjir kali ini melibatkan kawasan yang lebih luas.

“Ini berdasarkan pengalaman lepas dengan jumlah mangsa banjir sekitar 5,000 orang. Jadi, saya arahkan supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sediakan sekali ganda.

“Kita bimbang banjir berlaku seperti 2021 ada lebihan mangsa disebabkan kawasan besar (banjir),” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini.

Kata Amirudin, seluruh jentera kerajaan Selangor juga diarahkan bersiap sedia dengan beberapa pelan tindakan sewajarnya.

Tambah beliau, Smart Selangor Operation Centre akan mengkoordinasi dan memantau pemakluman kepada rakyat menerusi kerjasama dengan Jabatan Meteorologi selain akan menambah fasiliti pusat pemindahan sementara bagi kawasan berisiko bencana.

Mengulas lanjut, Amirudin menjelaskan, semua pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan jabatan lain yang berkaitan telah dipertanggungjawab untuk segera membersihkan kolam takungan, saliran, parit dan longkang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI