fbpx

Cuaca buruk hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan di negeri-negeri Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Menurut laman sesawang MetMalaysia, ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Pantai Timur yang melibatkan Terengganu dan pedalaman Kelantan.

“Selain itu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula dijangka mengalami hujan lebat di satu dua tempat.

“Manakala di pedalaman Perak, ribut petir diramal melanda satu dua kawasan sahaja petang ini,” katanya dalam hantaran sama.

Tambah MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku di beberapa kawasan di Sabah yang melibatkan Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan.

Manakala Sarawak pula, cuaca buruk itu dijangka lebih tertumpu di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI