fbpx

Pekerja kapal kargo dikhuatiri hilang terjatuh dalam laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN bomba melakukan operasi SAR ke atas pekerja warga Bangladesh yang jatuh ketika melakukan kerja-kerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI – Seorang pekerja kapal kargo dikhutiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah di sini, pagi semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.12 pagi.

Mangsa dikenali sebagai Miah Md Ujjal yang merupakan warga Bangladesh.

“Setibanya di lokasi, pihak kami mendapati seorang pekerja kapal staflift terjatuh ke dalam laut pada ketinggian enam meter ketika melakukan kerja-kerja atas kapal.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di lokasi mangsa dipercayai terjatuh dengan radius pencarian 25 meter dari kawasan kapal berlabuh,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khairi berkata, bagaimanapun operasi SAR ditangguhkan sementara pada pukul 3.15 petang disebabkan keadaan laut yang berbahaya kepada pasukan PPDA.

Operasi SAR disambung lagi hari ini pada pukul 10 pagi. Setakat pagi ini mangsa masih belum ditemui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI