fbpx

Pestabola Merdeka: Tiada masalah guna SNBJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bersedia untuk digunakan buat kali pertama sejak Januari lepas pada Pestabola Merdeka kali ini. - Foto ihsan FAM

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mendapatkan jaminan daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kini sudah bersedia sepenuhnya untuk jadi ‘kandang’ Harimau Malaya bagi hadapi Pestabola Merdeka dan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, berkata perkara berkaitan persiapan venue berkenaan juga sudah pun dibincangkan secara bersama dengan PSM.

“Kita melawat Bukit Jalil berkenaan persiapan Pestabola Merdeka dan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Apa boleh saya katakan sudah bersedia,” katanya.

Sebelum ini, FAM yang diketuai presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi berbincang sendiri dengan PSM bagi menyusun jadual penggunaan stadium berkenaan pada baki 2023 ini dan sepanjang 2024.

Perbincangan lebih menjurus kepada persediaan pihak PSM menjelang Pestabola Merdeka, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan juga saingan domestik iaitu final Piala Malaysia pada 9 Disember.

Julai lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSM, Mohd Faidz Sanusi sudah menyatakan komitmen yang venue berkenaan bersedia sepenuhnya dari pelbagai aspek.

“Apa yang kami dimaklumkan, kebiasaannya rumput sudah boleh dikatakan kuat selepas dua hingga tiga minggu daripada tarikh penanaman, namun ia juga bergantung kepada keadaan cuaca.

“Soal teknikal saya tidak boleh ulas lanjut dan kita kena ikut nasihat daripada konsultan yang pakar mengenainya. Bagaimanapun, kelainan kali ini adalah adanya tapak semaian bersebelahan Stadium Hoki Nasional, jadi kalau ada kawasan rosak, kita boleh terus tukar rumput berkenaan,” katanya.

“Saya harap penyokong dapat hadir bantu pasukan kerana jika menang kami akan terus kekal di kedudukan teratas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN