KOTA KINABALU – Gempa bumi lemah berukuran 3.6 skala richter berlaku di perairan Sabah Timur pukul 2.38 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pukul 2.46 petang berkata, pusat gempa bumi itu terletak 7.0 darjah utara dan 117.8 darjah timur dengan kedalaman 67 kilometer (km).
“Ia dengan jarak 331km selatan dari Palawan, Filipina dan 81km timur laut Pitas, Sabah. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan METMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE