fbpx

Belum bincang rombak Kabinet – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Halal di Putrajaya hari ini. Foto MOHD. HUSNI. MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan sebarang perbincangan mengenai rombakan Kabinet belum lagi bermula.

Menurutnya, sepatutnya setiap wakil parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan akan dipanggil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu bagi sesi rundingan dan perbincangan.

Bagaimanapun, katanya, setakat hari ini, perkara itu belum lagi berlaku, malah beliau sebagai Presiden UMNO belum dipanggil untuk sebarang rundingan mengenai rombakan Kabinet itu.

“Saya belum bincang dengan Perdana Menteri lagi. Dalam wawancara sebelum ini, Perdana Menteri menyebut bahawa parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan akan dirunding terlebih dahulu.

“Setakat pukul 5 petang tadi, belum ada tanda-tanda Perdana Menteri memanggil sekurang-kurangnya saya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk dimaklumkan mengenai perbincangan itu (rombakan Kabinet),” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Halal, di sini hari ini.

Katanya, beliau juga ingin menjelaskan bahawa sebarang perbincangan rombakan Kabinet tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Kabinet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI