fbpx

UCL: Formula Howe sekat Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIEREN Trippier (kiri) pastinya menjadi calon paling tepat untuk melaksanakan perancangan Howe menyekat pergerakan Mbappe. - FB NEWCASTLE UNITED

NEWCASTLE – Kemenangan 2-0 menewaskan Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris hujung minggu lalu memberikan tonik tambahan buat Newcastle untuk mereka berdepan Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi Liga Juara-Juara di St. James Park awal pagi esok.

Bagaimanapun, para pemain The Magpies khususnya di benteng pertahanan sedar bahawa mereka perlu menyekat pergerakan bintang sensasi PSG, Kylian Mbappe sekiranya mahu mencatat kemenangan.

Menjelang aksi pertama saingan berprestij Eropah itu selepas lebih 20 tahun, pengendali Newcastle, Eddie Howe percaya impian mereka untuk meraih kemenangan hanya akan terlaksana jika mereka berjaya ‘mengunci’ Mbappe.

“Saya berharap pemain tidak akan terleka dan menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Kami teruja untuk mencuba yang terbaik dan satu perkara yang saya yakin pada aksi itu nanti adalah atmosfera di dalam stadium. Saya tahu para penyokong akan berdiri teguh di belakang kami.

“Kami sangat tidak sabar untuk menghadapi aksi kali ini. Saya sudah memulakan persiapan untuk aksi kali ini dan ia akan menjadi cabaran yang sangat ekstrem untuk pasukan kami,” katanya.

PSG turun dengan motivasi yang sedikit terjejas ekoran keputusan seri tanpa jaringan menentang pasukan tercorot Ligue 1, Clermont Foot, namun mereka juga sebelum ini tewas menentang Nice sebelum berjaya menundukkan Borussia Dortmund.

Skuad kendalian Luis Enrique itu sedang mendahului Kumpulan F hasil kemenangan 2-0 ke atas Dortmund ketika Newcastle dan AC Milan terikat tanpa jaringan di San Siro pada aksi sebelum ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN