fbpx

Hujan berterusan di negeri utara bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang dijangka bermula esok.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ramalan cuaca buruk itu dijangka berterusan selama dua hari sehingga Khamis.

Pada masa sama, MetMalaysia turut melaporkan hujan lebat berserta ribut petir sedang melanda 10 negeri ketika ini dan keadaan tersebut boleh berterusan sehingga lewat petang ini.

Antara kawasan terlibat di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta), Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu dan Kuala Nerus) serta Pahang (Raub, Bentong dan Rompin).

“Selain itu, di Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban), Johor (Segamat, Kluang dan Mersing) serta Sabah melibatkan Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI