fbpx

Hilang Pulau Perhentian: Empat sekeluarga selamat pulang ke Kluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Suraidah dan ahli keluarganya sebelum bercuti di Pulau Perhentian, Besut baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang dikhuatiri hilang selepas bercuti di Pulau Perhentian pada hujung minggu lalu ditemui selamat di rumah mereka di Kluang, Johor.

Perkara tersebut dikongsi seorang pengguna media sosial, Ahmad Nazrul selepas dimaklumkan oleh salah seorang kenalannya yang menjumpai kenderaan milik keluarga itu di Johor.

“Alhamdulillah, mereka telah disahkan selamat tiba di rumah mereka di Kluang Johor. Kereta yang dinaiki empat beranak ini ditemui di sebuah kedai makan di Kluang.

“Pemilik kedai juga telah mengesahkan mereka ada berhenti makan dan seorang lelaki yang turut disyaki hilang iaitu Aiman Rafee yang telah membuat pembayaran di situ,” katanya dalam satu hantaran.

Difahamkan, ahli keluarga mereka yang berada di Terengganu susulan menerima berita kehilangan tersebut dan kini di dalam perjalanan pulang kembali ke Johor.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohamad berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan kehilangan keluarga itu yang bercuti di Pulau Perhentian hujung minggu lalu.

Suraidah Abdul Ghani, 52, dari Kluang, Johor dan ahli keluarga sepatutnya keluar dari pulau peranginan tersebut semalam namun tiada khabar berita diterima saudara terdekat mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI