PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi lemah bermagnitud 3.6 berlaku di Perairan Sabah Timur, pada pukul 2.38 petang tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), pusat gempa bumi itu terletak 331 kilometer (km) Selatan dari Filipina dan 81 km Timur Laut dari Pitas, Sabah dengan kedalaman 67 kilometer.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE