fbpx

Jika mahu berpolitik, biarlah ia berasaskan pembangunan negara – Fadillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah ketika melancarkan lori pengangkut minyak biodiesel sawit B100 Petronas sempena Persidangan Biodiesel Sawit ke-4 di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Semua pihak perlu memastikan kedudukan dan kestabilan negara didahulukan jika mahu berpolitik selain ia mestilah berasaskan kepada pembangunan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, semua pihak tidak kira parti perlu memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan bersama-sama mewujudkan kestabilan.

“Marilah bersama-sama memberi pandangan yang konstruktif bagaimana kita dapat pulihkan ekonomi negara kita.

“Hanya dengan ekonomi yang kukuh baru dapat kita bantu rakyat kita. Barulah perniagaan akan berjalan dengan baik dan ada keyakinan. Jadi itu patut jadi fokus kita,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Biodiesel Sawit ke-4, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Justeru, Fadillah berkata, GPS akan terus menyokong untuk wujudnya Kerajaan Perpaduan yang kukuh sekali gus dapat wujudkan suasana politik dan kerajaan yang stabil.

“Bukan sahaja stabil tetapi kuat dengan sokongan 147 Ahli Parlimen. Ini penting untuk kita memulihkan ekonomi negara.

“Pelabur akan datang kalau kita mempunyai dasar dan strategi yang jelas sudah pasti kestabilan politik. Kalau asyik bertukar kerajaan sudah pasti pelabur tidak akan datang,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI