fbpx

Bukan tolong, tapi datang melingkup – Mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan keadaan kereta mangsa banjir tersebut.

PETALING JAYA – Tindakan seorang mangsa banjir mengeluh selepas dibantu sukarelawan menerima kecaman orang ramai.

Menerusi sebuah video berdurasi satu minit yang dikongsi di TikTok, dipercayai kejadian tersebut berlaku baru-baru ini ketika banjir melanda negeri Kedah.

Melalui video itu, pada awalnya dilihat sebuah jentera membantu mengeluarkan kenderaan lelaki tersebut yang hanyut ke dalam sungai.

Lelaki itu kemudian merakam kenderaannya yang sudah berjaya dibawa keluar dari sungai tersebut tetapi berada dalam keadaan yang rosak teruk.

“Tadi hanyut lepas itu mereka datang tolong, bukan tolong tapi datang melingkupkan.

“Bukan datang bagi senang, bagi susah lagi,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna menyifatkan lelaki tersebut tidak berterima kasih dan tidak sepatutnya menyalahkan sukarelawan yang membantunya kerana kenderaan tersebut sememangnya sudah rosak.

“Kereta dia memang dah terbalik dalam sungai, kenapa dia rasa kereta dia akan dalam keadaan baik bila dah naik darat? Sengaja nak ‘complain’ kot,” kata Auni.

“Kalau aku jadi orang yang bantu, aku letak balik kereta dia dalam sungai tu,” kata Muiez.

“Sudahlah tak bayar, banyak bunyi pula,” kata Adam.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 120,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI