fbpx

Dota2 Malaysia raih gangsa Sukan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Dota2 cemerlang menewaskan Kyrgyzstan 2-0 pada perebutan pingat gangsa di Pusat e-Sukan Hangzhou sebentar tadi. - OLYMPIC COUNCIL OF MALAYSIA

PETALING JAYA – Pasukan Dota2 negara berjaya menyumbang pingat gangsa buat kontinjen Malaysia selepas menewaskan Kyrgyzstan 2-0 pada perebutan tempat ketiga di Pusat e-Sukan Hangzhou sebentar tadi.

Skuad negara dibarisi Yap Jian Wei, Ng Wei Poong, Cheng Jin Xiang, Chan Kok Hong, Thiay Jun Wen itu berjaya mengubati kekecewaan kempunan ke final selepas tewas 1-2 kepada kuasa besar Dota2 dunia, China di separuh akhir kelmarin.

Ini adalah kejayaan kedua negara melalui acara e-Sukan selepas pasukan Arena of Valor (Aov) mencipta sejarah baharu dengan memenangi pingat perak.

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama e-Sukan dipertandingkan antara acara yang menawarkan pingat di pentas Sukan Asia selepas ia menjadi sukan demonstrasi pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI